Sebalik sisi kiriku.
Aku berjalan. tunduk. malu.
Bukan apa. lagak seperti lanun cumanya putih.
Malu bukan apa. pelik.
Tapi ini perlu
Sebabnya tidak mahu bersambung seperti sebelahnya.
Ramai berkata-kata.
Semua bermuka-muka.
Maaf.
Bukan aku mahu simpati kamu.
Bukan aku undang caci maki kamu.
Aku harapkan.
Doa kamu.
Agar kanan kembali sembuh.
Biar si pakar bilang sudah telat.
Walau si pakar kata sudah tiada guna.
Itu kata doktor.
Bukan kata ALLAH swt.
Sisi kiri aku.
Ada tangan yang sentiasa memegang.
Senyum tawa disebalik duka.
Ini baru namanya sahabat.
Ini baru namanya keluarga.
Susah senang bersama.
Tapi.
Ada kaki yang melangkah.
Kau pergi.
Tidak mengapa.
Ini semua perlu redha.
Dulu aku jahil. nakal. banyak main.
Mungkin ini masanya.
Aku cari makna sebenar dihidupkan.
Bukan menyertai.
Makna keindahan dunia semata.
Hidup ini pinjaman.
22 tahun sudah aku bahagia.
Baru sebulan ini.
Tak perlu aku mengeluh.
Apa sangat sebulan.
Jika dibanding dengan dua puluh dua.
Kan?
No comments:
Post a Comment