Sebalik sisi kiriku
Kamu.
Orang pertama aku khabarkan berita.
Berita ujian. Berita duka.
Kamu ibu.
Orang pertama ku bilang semuanya.
Kamu ibu.
Orang pertama.
Aku cari disebalik penutup itu.
Sampai di depan istana kita.
Aku cari wajah ibu.
Mana ibu.
Mana ibu.
Ini ibu.
Wajahnya bisu.
Lidahnya kelu.
Aku mahu peluk.
Aku mahu langsung tarik ibu dalam dakapan.
Ibu.
Aku cari tangan ibu.
Tika aku mahu ke depan.
Tapi ibu marah.
Mengapa ibu?
Ibu bilang kamu langsung sendiri.
Belajar hidup begini.
Ibu tinggal aku. Ibu jalan di hadapan.
Hanya beberapa langkah.
Ibu pusing badannya.
Ibu tarik tangan aku.
Itulah ibu.
Ibu kerap bilang.
Jangan pernah putus asa.
Jangan pernah kecewa menderita.
Ini ujian.
Ibu juga pernah bilang.
Menangis di hati siapa yang tahu.
Ibu.. Akak sayang ibu.
No comments:
Post a Comment