By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Buat NASM

Kamu.
Pertama  pandang kamu.
Tak perasan
Kamu yang di mukabuku

Kamu
Kita mula kenal.
Kita mula berhubungan.
Kita mula bermesra

Kamu
Yang aku kenal
Tulus
Ikhlas

Kamu
dan aku berkongsi semacam
benda
pelbagai
variasi cerita

Kamu
Sentiasa
Ada dengan aku
Tak ke mana
Setia
Walau aku kurang siuman
Walau aku kurang upaya
Walau aku selalu bermuka-muka

Kamu
Sabar
Aku bising, kamu diam
Aku merepek, kamu layankan saja.
Itu bagusnya kamu.

Kamu
Tak jemu
Tak langsung
Fikir masa wang kamu
Habis untuk aku
Tak tahu
Aku
Mahu
Berkata.
Kelu

Kamu
Aku kongsi
Cerita diri
Dugaan sendiri
Tapi
Kamu menyepi
Aku membebel sendiri
Kenapa begini
Tapi
Terkenang kembali
Aku mengerti
Tindakbalas kamu tak beerti
Kamu membenci
Cuma kamu mahu sedapkan hati
Diri
Serta aku sendiri

Kamu
Janji pada aku
Jangan pergi berlalu
Aku mahu hati kamu
Mahu juga kamu
Tenang dalam hatiku.



No comments:

Post a Comment