Bisa itu berenang dalam jiwa
Bisa
Keluar bersama suara
Dengan bibir terhampar
Sangat bisa!
Benar orang kata
Kerana mulut badan binasa
Bisa tu boleh buat semua rasa
Mahu bunuh dan siat-siat bibir itu
Kerna keluar kata
Yang buat orang rasa macam nak gila.
Bisa
Kadang kita kata
Tidak mengapa
Bisa tu dah jadi madu dalam jiwa
Ahhh.
Tidak.
Kenapa bisa sahaja mulut ini
Keluar ikut suka
Fikir sama orang semua
Benar
Sekali lagi kata-kata
Kerana mulut badan binasa.
Kunci rapat-rapat.
Biar tak gembira riuh rendah suasana.
Asal tak kacau jiwa semua.
Maaf setulus rasa.
No comments:
Post a Comment