By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Maka dengan itu, selami dahulu.

Rumah itu
Kalau kita tidak ketuk
Kita tak tahu
Apa ada dalamnya
Siapa penduduk dalamnya
Bagaimana peribadi hatinya
Apa bagus atau tidak lontaran katanya
Mahu tenang
Mahu rasa aman
Atau mahu rasa dingin
Kita teroka dahulu
Ketuk dahulu
Berapa kali pun
Berapa kita mahu pun
Ketuk
Tapi biarlah perlahan
Itu adabnya
Kalau tidak ketuk
Mana tahu apa dalamnya
Luarannya saja kita tafsir
Tersiratnya kita biar
Jangan begitu
Kita cuba kenal
Dalam isi rumah tu ada apa
Mana tahu
Ada damai di hati
Jangan kita hurai isi dengan lihat luar sahaja
Selami jiwa di dalamnya

Kalaupun rumah itu dari kawasan yang sama
Bentuknya pasti berbeda
Kalau lapang
Mungkin penuh bunga di sebelahnya
Jangan set di minda
Semuanya sama.
Kenal dahulu jiwa
Tak kenal maka tak cinta.

No comments:

Post a Comment