Hidup dalam kenangan.
Suatu ketika dahulu.
Kita pernah bersua
Menjalani kehidupan bersama
Tetapi kini kita
Tidak lagi dapat bergelak ketawa
Bergurau senda
Persis ayahanda anakanda.
Kami bersahabat
Pegang kuat
Kata-kata semangat
Perah keringat
Untuk kesan menyengat
Walau kami penat
Kerna semangatmu kami lihat
Tidak pernah hilang walau sesaat
Kami pernah sesat
Kabur mengejar matlamat
Tapi "cikgu" suntik kata-kata nasihat
Agar matlamat kita sentiasa hangat
"Ana, mari sebelah cikgu".
Saban waktu setiap kali mahu kelas.
Ini ayat.
Buat aku tersenyum.
Ya,
"Cikgu" hidup dalam kenangan.
Bak kata teman seperjuangan
Tidak rasa kehilangan,
Kerna seolah-olah "cikgu" sedang melambai tangan
Lalu berkata
"Teruskan perjuangan anak-anak cikgu".
Ibu,
Aku mahu khabar sama ibu.
Biar ibu tahu, dan bilang sama "cikgu"
Untuk hentakan drum, terima kasih.
Untuk ketukan cak lempong, terima kasih.
Untuk percutian Tanjung Bidara, terima kasih.
Ibu, aku mohon ibu.
Kuat bersama abang dan adik.
Kerna perginya "cikgu" aman, tinggal kenangan.
No comments:
Post a Comment