Assalamualaikum swt dan selamat sejahtera.
Perkongsian menarik.
Pengalaman indah.
Terjalin ukhuwah terhebat!
23 dan 24 Mac 2013
Sekolah Rendah Batu 7, Tapah Perak
Tempat perkelahan Kuala Woh Tapah Perak.
Ayuh pulang ke kampung halaman. Perak Darul Ridzuan.
Perjalanan pagi. Sekadar kumpul sudah rasa bahangnya
Pasti perjalanan ini gamat. Riuh rendah
Berkongsi momen bersama rakan sebidang.
Juga adik-adik dalam bidang yang sama.
Juga kakak-kakak dari asal bidang yang sama.
Juga pensyarah juga bidang yang sama.
Kami padu erat perjalanan siang.
Sampai ke malam.
Teroka dunia masyarakat pribumi.
Teroka tutur kata. Tingkah laku dan bicara.
Adat dan petua.
Dua hari kami bersama.
Redah ke perumahan mereka.
Pengalaman pasti tak lupa.
Bila malam menjengah jiwa
Khemah dipasang merata-rata
Unggun api.
Permainan minda.
Juga penerokaan hati. Seronok!
Lama tak merasa tidur dengan bunyi macam tu
Sungai yang airnya damai.
Tanpa tilam. Tanpa bantal.
Tapi, yang "tanpa" itu bikin kita merasa
Merasa indahnya bersederhana
Mengenali
Menerokai
Merasai
Menikmati
Hati
Jiwa
Nurani
Bukan perkara mudah.
Tapi yang payah buat kita berusaha nak jadikan mudah
Kerana jeritpayah
Boleh hilang pabila kita rasa semuanya kerja ALLAHswt.
Aku belajar
Mengenal orang bukan pada paras rupa
Menegur orang bukan pada siapa dia
Mengatur langkah bukan pada bila dan di mana
dan aku belajar
Semua kerja tidak mudah
Perlu kerjasama mereka yang bersedia
Iringan insan yang berpengalaman lama
Pembelajaran sepanjang hayat.
Simpan dalam hati. Ketat. Kunci.
Buka untuk kenang, bukan untuk buang.
Terima kasih Yang Maha Kuasa beri ruang. Peluang.
Kenal. Selam. Berenang dalam lubuk hati paling dalam.
Insan yang dahulu cuma sekadar lalu-lalang
Satu yang bikin hati ini paling berbunga
Bila lihat semua bersatu erat
Tanpa tanya kamu asal mana
Tanpa tanya kamu umur berapa
Tanpa tanya kamu ini siapa
Juga tanpa tanya kamu belajar berapa lama
Hanya yang ada "kita sekeluarga"
Terima kasih semua.
Kenangan sisa-sisa akhir kehidupan kampus.
*Cebisan kenangan*
*Terlalu banyak kenangan*
No comments:
Post a Comment