By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Hampir lamanya kini.

Sudah berapa bulan lamanya
Entah aku lupa
Bukan aku sengaja lupa tarikhnya
Cuma bukan masanya aku mengenang sahaja
Detik yang membawa
Aku sebegini rupa

Masih ingat aku
Kisah itu
Dimana pengesahan berlaku

Tapi itu dahulu
Bukan kini, kerana kini aku adalah aku

Aku
Yang makin kuat dengan dunia sebelahku
Yang semakin terbiasa dengan dunia sebelahku
Dunia sebelahku yang mengajar aku
Untuk tidak kaku
Dan terus membisu
Kerana DIA Tuhan aku
Yang senantiasa bersama aku.

Simpati orang
Pandangan orang
Usaha orang
Doa orang
Aku sayang
Kerana aku rasa disayang

Banyak
Banyak usaha dan jalan
Ikhtiar dan pengorbanan
Wang ringgit dan harapan
Bertali arus di perjalanan
Perjalanan meneruskan perjuangan
Tapi tidak apa.
Biar aku hilang nikmat keduniaan
Kerana aku sentiasa punya Tuhan

Ubat-ubatan
Kaedah dan jalan
Sentiasa di sisian
Kadang aku biar sahaja di tepian
Biar aku ada sebabnya.
Doa aku semoga ada yang sudi faham
Biar aku bukan sebab aku putus harapan
Bukan sebab aku malas dalam perjuangan
Bukan sebab aku tak mahu ikhtiar dan terus tidur
Sebab
Aku mahu peluang rehat
Sebentar sahaja
Asal sahaja kamu tahu bagaimana refleksi ubatan
Bagi aku peluang.
Untuk bina kekuatan

Tapi
Dari hari ke hari
Aku gagahkan diri
Terima kenyataan ini

Yang mana susah dan senang
Pasti kita mahu senang kan?
Tapi jika yang susah itu usaha dan harapan
Yang dilihat lebih terang
Bisa kamu tolak yang susah?
Tidak kan.

Aku sentiasa pegang isi Ar-Rahman
Fabiaiyiaalairabbikumatukazziban
Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Ya, Tuhan.
Nikmat itu sudah aku kecapi hampir 22 tahun.
Aku ingat Tuhan.
Aku ingat dalam kalammu Ya Tuhan.
Orang yang buta itu bukanlah pada mata,
Tapi butanya pada hati.

Bila aku selam dalam-dalam.
Aku ditarik setelah 22 tahun
Tapi ada yang ditarik sejak awal.
Aku ditarik hanya sebelahan
Tapi ada yang ditarik keduanya.
Maka, nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?

Aku bersyukur Tuhan
Hingga saat ini.
Aku masih mampu kesana kesini
Tanpa pimpinan.
Walau keadaan
Makin berjauhan.
Makin perlukan pemantauan.
Tapi alhamdulillah.
Aku masih diberi peluang

Untuk usaha.
Aku banyak diam.
Bukan tanda aku putus harap
Cuma aku tidak mahu susahkan sesiapa
Jangan risau.
Allah kan ada.
Yang terbaik semua dariNYA.

Ibu.Ayah.
Terima kasih amat.
Keluarga. Adik kakak abang.
Terima kasih amat.
Orang sekeliling.
Terima kasih amat.

Doakan aku.
Aku percaya ada jalan.
Ya. Itu. Cuma aku perlu bertahan.
Kan?


No comments:

Post a Comment