By Nurfarhana shahira Rosly

Berserah padaMU

Definisi "kuat" menurut ibu

Aku selalu cuba berfikir,
Definisi kuat menurut ibu.

Puas aku fikir,
Sampai tak terfikir.

Rasanya,
Kalau aku selak,
Kamus Dewan,
PRPM,
KBBI,
Kamus Linguistik,
Oxford Advanced,
Webster's,
Mahupun Collins Concise pun,
Aku takkan jumpa,
Definisi yang sama,
Seperti yang aku lihat pada ibu.

Maka,
Aku bina definisi kuat menurut aku,
Menurut aku,
Kuat itu ialah IBU.

Allah hembus api kekuatan,
Di jiwa ibu,
Sampai jadi kuat begitu.

121217
Ipoh, Perak.
Semoga Allah Redha.

Ditenung nampak hutan, diselak nampak taman.

Sedang kaki lemah berjalan,
Sedang mata kurang bertahan,
Sedang hati tidak keruan,
Yang di depan seperti hutan,
Terus jalan dan jalan,
Adakah betul itu hutan?
Teruskan perjalanan,
Selak muka hadapan,
Masuk ke dalam hutan,
Terus singkap tak keruan,
Berlanggar dengan dahan-dahan,
Kaki terasa seolah tak tertahan,
Seperti nak pengsan,
Mencari air seluas lautan,
Harap bertemu di hadapan,
Jalan lagi terus-terusan,
Nampak seolah ada sinaran,
Langkahan tidak lagi perlahan,
Seolah penuh dengan kekuatan,
Semakin ke depan dan ke depan,
Hati seolah terkena panahan,
Rupanya ada taman,
Taman penuh gemerlapan,
Hati berbunga dengan senyuman,
Benarlah aturan Tuhan,
Ada gembira selepas ujian,
Pelangi hadir setelah hujan,
Binalah kekuatan,
Ciptalah kekentalan,
Carilah kebahagiaan,
Sematlah kenangan,
Sampai masa,
Kita kembali pada Tuhan,


310117
Selasa
12;32 tengah hari waktu Malaysia.
Moga-moga Allah Redha
Sebentar namun menggamit

Sedang menghala wajah,
Ke permukaan komputer riba,
Yang dicari tidak juga ditemui,
Sambil melayan yang di depan mata,
Tiba-tiba memancar wajah,
Wajah-wajah indah.

Sepertinya,
Berada dalam satu bangunan segi empat sama,
Tingkap buka tutup bergelas kaca,
Daun pintu kelabu dengan dinding putih rona.
Orang di dalamnya seperti pernah berjumpa,
Masing-masing sibuk ke sini sana,
Berbaju putih tanpa lain warna,
Bersama seorang wanita,
Yang tersenyum setiap kali disapa.

Wajah-wajah itu sungguh ceria,
Seperti kanak-kanak baharu mendapat pensil warna,
Bergelak ketawa riang gembira,
Kira-kira seperti aku ada bersama,
Mungkin mahu berkongsi kasih suka dan duka,
Namun tidak lama,
Masing-masing mengemas kerusi meja,
Menyarung bagasi dan mahu berjalan keluar,
Aku melihat terus wajah mereka,
Mahu kemana?

Aku di saat dan ketika,
Mahu dilakar dilukis menggambar suasana,
Mahu ditulis panjang lebarnya,
Biar tidak cukup kain selembar,
Apa aku rasa,
Apa aku seperti mahu sama,
Sama dengan sebegitu rupa,
Gembira,
Dan ceria,
Sekali hati turut bercahaya.

Aku kembali menghadap komputer riba,
Ahh,
Tadinya aku terlelap seketika,
Allah bagi peluang dan masa,
Imbau kenangan zaman remaja,
Bersama bangku dan meja,
Tempat jatuh tidaklah dilupa.

Allah izin merasa,
Menggamit memori seketika,
Indah.

Allah izin menagih,
Rangkulan kasih,
Walau hanya dalam mimpi.
Luarbiasa.

Moga kalian baik-baik sahaja,
Dalam rahmat dan redhaNya.
Hadiahkan pahala Al-Fatihah,
Buat yang telah dahulu bertemu Pencipta.

2709016
11:05 pagi waktu Malaysia
Rindu bangku sekolah
Ipoh, Perak
Moga-moga Allah Redha

12 Julai 16, 26.

Alhamdulillah.
Untuk semua,
Untuk nikmat kasih sayang Allah & Rasul,
Untuk nikmat iman, amal dan agama,
Untuk nikmat al-Quran pesanan teragung,
Untuk nikmat tenang dan bahagia,
Untuk nikmat redha dan terima,
Untuk nikmat suka dan duka,
Untuk nikmat himpunan sekeluarga,
Untuk nikmat sahabat yang setia,
Untuk nikmat saudara mara,
Untuk nikmat jiran tetangga,
Untuk nikmat kesihatan dan masa,
Untuk nikmat sesuap rasa,
Untuk nikmat helaian pelbagai warna,
Untuk nikmat tempat berteduh sementara,
Untuk nikmat majlis ilmu penguat jiwa,
Untuk nikmat pancaindera sempurna,
Untuk nikmat pinjaman sementara,
Untuk nikmat kemudahan kerjaya,
Untuk nikmat kelancaran menimba ilmu di dada,
Untuk nikmat perjuangan dan kekuatan,
Semua.
Hanya Allah yang tahu.

Syukur.
Alhamdulillah.
Semoga semuanya nanti kembali bersatu,
Untuk bertemu Yang Satu,
Bersama kekasihNya yang sentiasa dirindu.


180716
Isnin
11:44 pagi waktu Malaysia,
Ipoh, Perak.
Moga-moga Allah Redha.

Pelangi kembali lagi

Pelangi,
Bila pelangi muncul kembali,
Setelah hujan menyapa bumi,
Ada senyuman mekar menghiasi,
Ada tumbuhan tertegak menguasai,
Dan ada seseorang kembali berdiri.

Pelangi,
Bukan selalu tiba,
Bukan selalu menyapa,
Serta bukan selalu menerpa.

Bila pelangi kembali lagi,
Jangan biarkan kenangan hujan berlalu pergi,
Kerana hujan dengan pelangi,
Ibarat satu penyatuan hati,
Yang apabila sakit diuji,
Akan hadir sinar memancar diri.

Marilah hujan dan pelangi,
Masuk dalam hati,
Singgah dalam diri,
Sebagai ubat dari Illahi,

Kerana,
Yang berlalu pergi,
Mungkin tidak akan kembali,
Yang berlalu pergi,
Mungkin juga akan kembali,
Apa yang pasti,
Selepas hujan, akan datang pelangi,
Tanda Tuhan tidak pernah berlalu pergi.
Dan tanda Tuhan Maha Memberi,


090716
Sabtu
11:45 malam waktu Malaysia,
Ipoh, Perak.
Moga-moga Allah Redha
Belakang pintu.

Sahabat,
Kamu mungkin tidak tahu,
Aku ada di belakang pintu,
Perhati kamu,
Dari jauh membatu,
Tanpa lelah dan jemu.

Jika kamu mencari aku,
Selak daun pintu,
Aku selalu ada di situ,
Tapi sampai kapan aku sendiri tidak tahu,
Mungkin saat kau tolak pintu,
Aku sudah berlalu,
Berjalan pulang bertemu Dia Yang Satu,
Atau jika diizin waktu,
Aku masih disitu,
Tersenyum untukmu,
Lantas berkata, "Marilah, lama aku menunggu".

Kita mungkin jarang bertemu,
Tetapi ingatlah selalu,
In shaa Allah dalam doa aku,
Selalu ada kamu.


290616
Rabu
2:52 waktu Malaysia
Ipoh, Perak.
Moga-moga Allah Redha.

Suatu malam, di pinggir sebuah bandar

Suatu malam,
Lokasi kedai makan kegemaran,
Sekitar Kajang, Selangor,
Aku dan keluarga,
Mengisi perut yang kian berlagu.,
Lantaran petang ke malam mencari sesuatu.

Ketika semua sedang makan,
Kecuali aku,
Kerna pada waktu sebegitu entahlah,
Aku seperti kurang mahu menyuap sesuatu,
Aku memilih untuk menunggu,
Walaupun di atas meja sepertinya memanggil-manggil aku,
Akhirnya mataku terpaku,
Pada sosok yang sangat hampir denganku.

Aku sejak awalnya memang tidak melihat sesuatu,
Sepertinya biasa-biasa sahaja,
Tapi kali ini mata sudah memaku,
Bukan mata sahaja,
Malah diri, rasa, akal dan jiwa.
Semuanya.
Tanpa sedar,
Ada cecair mengalir dari kelopak mataku.
Tanpa aku paksa.

Kaget mereka di mejaku.
Seperti memikir sesuatu.
Mengapa begitu.
Jari aku menunjuk sesuatu.
Dan mereka mengerti
Yang terukir di hati.
Aku menahan untuk tidak sebegitu,
Tapi tidak tahu,
Sebak dada, menangis jiwa.

Buat seorang kamu yang kuat hati,
Yang makannya pada ketika itu penuh teliti,
Lebih kurang hanya dua inci,
Wajahmu dengan pinggan nasi,
Moga kamu terus jangan berhenti,
Walau yang dilihat perlu diteliti,
Ya, aku mengerti.
Bagaimana rasa bila yang dilihat perlu diteliti,
Dan bukan mudah untuk didefinisi,
Apakah itu yang diteliti,
Adakah sama dengan yang realiti,
Atau hanya sekadar benar di hati.

Awak,
Ayuh lari sama-sama.
Patah sayap,
Bertongkat paruh.



280616
Selasa
5: 28 waktu Malaysia
Ipoh, Perak
Moga-moga Allah redha.




Ikat bata pasang marmar

Hari ini,
Pagi-pagi lagi ibu sudah bersiap,
Ingatkan mahu ke mana,
Rupanya di luar rumah sahaja.

Ibu bersiap dengan mesin gerudi,
Besi pengetuk,
Pemutar skru,
Dan
Jiwa dan semangat.

Hari ini,
Misi ibu ketuk simen,
Untuk pasang marmar di hadapan.
Gigih ibu.
Dengan panas tanpa payung teduhan,
Tapi itulah ibu,
Jika ibu mahu,
Ibu pasti bikin sampai cukup waktu,
Mahu dibantu,
Tapi ibu bilang tidak perlu.

Itulah ibu.
Semangat ibu itu,
Tanam dalam diri aku,
Tetapi kadang kala seorang aku,
Tewas dengan putus asa dan buntu.

Hari ini,
ketuk simen semahu-mahu,
Hari sebelum ikat bata bikin pagar pasu.

Ayah dan ibu,
Begitulah mereka menghabis waktu,
Berdua bersatu,

Bukan apa.
Mereka puas,
Bikin sesuatu dengan tangan yang diizin pinjam,
Sementara belum diambil oleh Tuan empunya.

Allah,
Tuhan,
Maha Pencipta,
Redhakanlah perjalanan ayah dan ibu.

Ibu,
Pinjam semangat dan kegigihan ya?


140216
Ahad
9:38 pagi waktu Malaysia
Ipoh, Perak.
Mesin Basuh.

Ibu,
Semalam ibu cakap nak pergi rumah kaklong,
Nak tengok mesin basuh rosak,
Ibu ajak kakak teman,
Baik ibu, mari pergi.

Mula-mula kakak tolong,
Tapi lama-lama kakak dah tahu nak tolong apa.
Kejap-kejap kakak pergi main dengan budak-budak.
Patah balik tengok ibu.
Kakak berdiri, tengok.
Tak mampu nak tolong apa.
Kakak tengok ibu,
Ibu masih setia depan mesin basuh.

Kejap ibu buka itu,
Kejap ibu buka ini.

Kakak buat kerja lain.
Dah siap kerja kakak,
Kakak ke ruang tamu,
Menanti ibu,
Sambil tengokkan budak-budak itu.

Tak lama lepas itu,
Ibu ke ruang tamu,
Ajak pulang dahulu.
Kakak lupa nak tanya dah elok atau belum itu.
Sampai rumah, kakak tanya ibu.
Ibu dan boleh ke mesin basuh tu?
Ibu angguk.

Ehh.
Ibu,
Hari ni kakak belajar benda baharu dengan ibu.
Tetap berusaha jangan membisu.
Tetap berjuang jangan biarkan berlalu.
Kan ibu?
Terima kasih ibu.
Terima kasih Allah, kerana hadiah ibu.

Selamat jalan kembali, mesin basuh.
Terima kasih Allah untuk izin itu.

100216
Rabu
3:19 petang waktu Malaysia.
Ipoh, Perak.
Perjalanan Ramadhan 1436 Hijrah

#Bahagian 3

Ramadhan kali ini berkemungkinan (segalanya telah diaturkan oleh Allah) merupakan Ramadhan sepenuhnya aku di UPM. Selama lima tahun aku di UPM, hampir keseluruhan Ramadhan dilalui bersama sahabat seperjuangan. Namun, kali ini sedikit berbeza daripada sebelumnya. Kami memilih untuk iftar di Masjid.

Hari pertama dengan agak takut-takut kerana ketidakbiasaan, langkah pertama memasuki perkarangan masjid. Kami dilambai oleh seorang jemaah masjid yang berkemungkinan berasal dari negara Timur Tengah, bersama dengan seorang anak kecilnya. Jemaah tersebut sering mengukirkan senyuman, dan kami meneruskan untuk menjamah makanan secara berjemaah dengannya di dalam sebuah talam.

Ahhh, perasaannya ketika itu, hanya Allah yang tahu. Betapa hati ini sayu. Nikmat Allah yang manakah yang hendak didustakan?

Allah aturkan ini,
Sejak di Lauh Mahfuz lagi,
Setelah banyak kali diuji,
Dengan nikmat duniawi,
Hari ini,
Allah bagi bukti,
KekuasaanNya Yang Maha Tinggi,
Betapa kecilnya diri ini,
Betapa jauhnya tenggelam dengan duniawi.
Allah Yang Maha Mengasihani,
Tak pernah menjauh diri,
Walaupun diri ini,
Seringkali lalai dengan nikmat yang diberi.

Beberapa hari selepas hari pertama kami meniti jalan baharu yang ditemui, perjalanannya dipermudahkan Allah seperti hari-hari sebelumnya. Alhamdulillah. Satu hari, sedang kami menanti waktu berbuka, seseorang menegur bagi bertanyakan sudah penuhkah bahagian untuk talam hidangan yang berada di samping kami.

Beliau mula duduk di samping kami. Kami mula berbual. Beliau datangnya dari negara seberang. Sedang kami rancak berbual sebagai sesi memperkenalkan diri, beliau mula membuka sebuah cerita. Beliau menceritakan mengenai kisahnya yang sedang mencari tempat berteduh kerana perlu keluar segera daripada tempat yang sedia ada atas masalah tertentu. Merata-rata tempat dicari untuk menjadi tempat sewaan, tapi masih tidak berjumpa. Malam selepas menunaikan solat Terawih, beliau menangis semahu-mahunya, memohon pada Yang Maha Esa. Menangis semahunya dia. Berdoa semahunya. Dengan izin Allah, selepas itu banyak panggilan masuk menyatakan terdapat bilik yang hendak disewakan.

Allah. Maka nikmat Allah yang mana yang hendak kita dustakan?

Sekali lagi aku kaku.
Hati aku makin layu.
Betapa Allah itu Maha Tahu,
Manakala aku ini semakin layu.
Betapa Allah itu luarbiasa mengatur sesuatu,
Sedang aku sering lupa tentang itu.
Bila mana kita serah semuanya kepada Allah yang satu,
Allah akan hadiahkan dengan sesuatu,
Yang kita tak tahu,
Tetapi pastinya sangat membantu.
Allahu.
Pimpinlah diriku.

Ramadhan 1436 Hijrah, pergi bersama seribu satu pengajaran, pengalaman dan persoalan. Yang telah Allah aturkan sejak dahulu. Buat bekalan untuk aku, mengharungi sisa-sisa waktu,  Sungguh, aku kaku dan tertunduk malu. Betapa Allah itu Maha Tahu.



090915
10.59 pagi.
Ipoh, Perak.
Perjalanan Ramadhan 1436 Hijrah

#Bahagian 2

Langkah kaku,
Kaku seolah dipaku,
Dipaku rasa pilu,
Pilu menikam kalbu,
Kalbu yang kelabu,
Kelabu ditelan arus waktu,
Waktu itu, dimanakah aku?

Aku tenung lama,
Lama sehingga lupa,
Lupa aku berdiri lama,
Lama merenung mata,
Mata yang terus terkesima,
Terkesima memandang apa,
Apa itu, apakah dia?

Langkah kaki makin berani,
Berani membawa hati,
Hati yang sekian lama sepi,
Sepi mencari erti,
Erti akal budi,
Budi membina jati diri,
Jati diri yang kadang kala berlari,
Berlari sambil mencari,
Mencari lagi, apakah dia?

Lama.
Terkesima.
Tak berkelip mata.

Hati aku menangis.
Hati aku merintih.
Hati aku terhiris.

Putih.
Aku lihat putih.

Dan mereka,
Tersenyum mesra,
Ketika bersua muka.

Aku kembali merintih.

Hatiku jatuh,
Jatuh terjelepok,
Terjelepok teruk,
Teruk.

"Allahuakbar, allahukbar".

Hatiku bangkit.
Rapatkan saf.
Allahuakbar.

Ketika itu,
Hari tu,
Masa lalu.

Ketika ini,
Hari ini,
Masa kini.

Allah, ampuni aku. Pimpinlah diriku Ya Allah.



*Ramadhan bulan mulia, membawa aku kembali mencari erti akal budi. Akal budi di sebalik keizinan Allah memberikan kehidupan sementara di alam duniawi. Merinduimu Ramadhan. Izinkan kami bertemu Ramadhan 1437 Hijrah, Ya Allah.

25/07/2015
10.13 malam.
Kolej Kediaman.
9 syawal


Perjalanan Ramadhan 1436 Hijrah

#Bahagian 1

1436 Hijrah,
Aku mencari arah,
Aku mencari langkah.
Arah dan langkah yang lebih terarah.

1436 Hijrah.
Niat itu terukir 1435 sudah,
namun langkah tidak melangkah,
arah tidak terarah.

1436 Hijrah,
Kali ini jangan menyerah.
Moga terus istiqamah.
Kerana masihkah ada 1437 Hijrah?

1436 Hijrah,
Kaki melangkah.
Walau mata melilau mencari arah.
Walau kaki tergagap menjejak langkah.

Allah.
Ya Rasulullah.

Allah.
Terimalah.
Tingkatkanlah.
Amal ibadah.
Hanya padaMu kami berserah.

Ramadhan 1436 Hijrah,
Terus bersama kami melangkah.
Dengan gagah dan tabah.
Kerana kami kerap rebah,
Dan jatuh mengaku kalah.

Allah.
Kami tahu Ramadhan tetap melangkah.
Namun Ya Allah,
Jangan biarkan kami berhenti melangkah.
Binalah hati kami dengan semangat tabah,
Bersama istiqamah dengan ibadah 1436 Hijrah.
Malah semakin bertambah dan bertambah.
Tujuannya hanya satu Ya Allah,
Mencari RedhaMu Ya Allah.
Dan mengharap kekasihMu turut tersenyum ketika kami melangkah.
Tika dihimpunkan untuk ditimbang yang mana benar yang mana salah.

Allah...
Kami mengharap redhaMu Ya Allah.


13 Julai 2015
10.13 malam.
Kolej kediaman.
Malam 27 Ramadhan.




Hari ini hari itu.

Hari ini hari itu,
Hari istimewa,

Namun bukanlah hari yang sama,
Bukan di tahun yang sama,
Juga bukan dalam situasi yang sama.

Yang sama, hanya tarikh. 12 Julai.

Menyingkap kembali,
12 Julai 1990.
Hari itu.
25 tahun berlalu.

Realiti kini,
12 Julai 2015,
Hari ini.
Setelah 25 tahun itu.

Aku?
Masih mencari,
Tanpa henti.
Apakah sudah berjumpa?
Erti makna diri dan akal budi?

Genap 25.
Aku belajar mengenali,
Aku belajar mencari,
Aku belajar menyelami.
Hati budi.

Sukar.

Ya Allah,
Terima kasih atas nikmat.
Keupayaan,
Ketenangan,
Kesabaran,
Kesihatan.
Kesenangan.

Ibu ayah.
Hadiah Allah terindah.

Adik-beradik,
Sahabat,
Guru.
Saudara,
Jiran jauh dekat.
Terima kasih.

Alhamdulillah,
12 Julai.
25 Ramadhan.

Terus berjalan.
Atas jalan mencari redhaMu.



12 Julai 2015,
9.13 pagi.


Terima kasih Allah, untuk hadiah "guru"

Dalam redah meresah,
Ketika langkah menongkah,
Allah sentiasa beri hadiah,
Hadiah terindah.

Guru.

Guru
Walau hanya dengan senyuman,
Atau sekadar lambaian,
Kamu ajari aku,
Tentang erti sesuatu.

Guru.
Adalah kamu,
Orang sekelilingku.

Terima kasih kerana menjadi guruku,
Orang sekeliling,
Yang datang lama,
Yang datang sebentar,
Yang datang dan menetap,
Yang datang dan pergi.

Dari manusia yang bergelar guru,
Aku belajar sesuatu,
Dan sesuatu itu,
Merupakan ilmu.
Dan ilmu itu,
Sangat membantu,



070515.
Semoga Allah Redha.
Selamat Hari Guru.

Refleksi dengan senyuman 

Dia sindir awak,
Awak senyum.

Dia maki awak,
Awak senyum.

Dia hina awak,
Awak senyum.

Sebab awak tahu kebenaran,
Hanya awak dan DIA sahaja yang tahu.

Allah kan ada.

Bila awak refleksi dengan senyuman,
Saya yakin,
Awak akan terus senyum,
Barangkali juga dia pun akan turut tersenyum.

Hebat kan apabila kita berefleksi dengan senyuman?





Fbmk, 050515
Semoga Allah Redha.



Biar dipijak henyak

Pijak pijak,
Biar sampai henyak.
Mahu terus pijak,
Terus sehenyak-henyaknya,

Dia masih begini,
Akan terus begini,
Melayan rasa begini,
Merasa erti henyakan begini.

Kerana yang dipijak henyak ini,
Akan bangun semula,
Walaupun lambat,
Luka berdarah,
Hati tangan dan kaki.

Paling maksima,
Hati,
Remuk.

Dia pilih untuk bangun,
Selepas dipijak henyak.

Dia tahu,
Allah ada.
Dan Allah tengah tengok tu.

Dan,
Yang dipijak henyak ini.
Akan terus cuba berdiri,
Mencari erti
Kehidupan duniawi,
Yang sementara ini.

Kisahnya,
Dia hanya semut merah.
Yang mudah dipijak-pijak,
Tapi dia punya Tuhan.
Yang seluruh langit dan bumi ini.
Adalah milik DIA.

140415
Setelah 

Setelah banyak,
Duri.
Setelah jauh,
Lari.
Setelah luas,
Memerhati.

Tapi masih di posisi,
Belum.

Belum selesai.
Belum tamat.
Belum di fasa "sudah".

Kerna,
Selagi nafas masih diberiNya.
Selagi itu.
Perjuangan masih belum selesai.

Allah.
Syukur.
Untuk jatuh bangun.

Jom.
Terus.
Untuk Allah.

12042015
11;58 pagi
Lama.

Lama aku menggantung pena.
Menyimpan papan ketik.
Menyelimut rasa untuk menulis.
Ya.
Kehidupan dunia.

Allah.

Maaf.
Tegur.
Jika aku terlalu "dunia".

"Dunia" pelajar.

Allah.
Tegur.
Jika "dunia" pelajar ini
Bikin aku lupa kejar saham
Saham untuk "dunia" sana.

Allah.
Aku milikMu.
Aku tahu kau tahu dan aku tahu Dia tahu

Aku tahu,
Kau tahu,
DIA tahu,
Maka,
Aku tahu,
DIA tahu,
Apa aku tahu,
Dan apa kau tahu.
Sebab
DIA Maha Mengetahui
DIA beri aku tahu
DIA beri kau tahu
Aku dan kau tahu
Jangan ragu-ragu
Terus membisu
Kerna aku tahu
DIA Maha Mengetahui.

Sekali lagi,
Aku tahu,
Kau tahu,
DIA sentiasa tahu.
Apa yang aku dan kau tahu.


Terbang dengan teguh

Ada ketika,
kau rasa kenapa
Semua berlaku pada kau
Bukan pada dia, dan dia dan dia
Sebab,
Masa kau rasa
Kau lupa
Allah tu ada.

Ada ketika,
kau rasa macam ahh ini semua apa
Membuak-buak marah kau rasa
Rasa nak lempar semua yang ada
Sampai orang sekeliling kau terasa
Sebab.
Masa kau buat itu semua
Kau lupa,
Allah tu ada.

Ada ketika,
kau rasa melampau ini semua
Dihina, dicaci dimaki sebegitu rupa
Sehingga penuh dada
Apa ini semua
Sebab
Masa kau fikir ini cerita
Kau lupa,
Allah itu ada.

Ada ketika,
kau rasa ini teruknya
Sebab kau lupa
Allah itu kan sebaik-baik Pencipta

Kau pandang depan mata
Kau tengok dunia nyata
Kau selam susuk sebelah punya jiwa
Kau tanam dalam minda
Perancangan Allah ada hikmahnya


"Kau" ini bukan orang lain punya jiwa,
Tapi adalah "Kau" yang kadang kala lupa,
Allah itu ada.
dan "Kau" juga leka
Memandang salah orang sekeliling yang ada
Sebab "Kau" rasa yang betul hanya kau sahaja
Tanpa sedar "Kau" hanya seorang pendosa.

"Kau"
Jangan lupa.
Pandang kau punya mata.
Yang sempurna,
Hanya Dia.

Dan
Bila mana "Kau" itu,
Adalah aku,
Yang dimiliki Dia.